Merujuk kepada doktrin 'Komunisme' dan 'Sosialisme', ada sejarawan-sejarawan dan penulis-penulis muslim mengaitkan Ya'juj dan Ma'juj ( Yagog dan Magog ) dengan komunisme Rusia dan China.Dalam Quran dan Hadis, tidak ada sepatah pun istilah 'komunisme' dan 'sosialisme' tetapi kita semua sedar bahawa ideologi ini menidakkan Tuhan dan menimbulkan huru-hara di dunia ini sedangkan kita dicipta untuk mengabdikan diri kita hanya kepada Tuhan sahaja.
''Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Aku.''
( Surah Az-Zariyaat:56 )
Syed Qutb menyatakan masyarakat ciptaan komunis tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali gejala paling buruk dalam sejarah umat manusia kerana sejak asal lagi kelahiran fahaman ini telah menonjolkan ciri-ciri kehaiwanan dengan beranggapan keperluan asasi bagi manusia hanyalah makanan, tempat berteduh dan seks. Teori Dialektikal Materialisme hanya akan mencetuskan huru-hara dalam kalangan manusia. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr. Mustaffa Mahmud, seorang penulis dari Mesir yang pernah menganut fahaman Marxisme. Katanya, komunisme menghasut rakyat dengan menanam perjuangan kelas ( konsep class struggle ) sebagai keadilan dan dendam kesumat terhadap kapitalisme pada waktu itu.
Negara Rusia dan China dikaitkan kerana golongan komunis itu berasal dari tempat tinggi iaitu kawasan Rusia dan China itu sendiri. Kedudukan Rusia menganjur dari eropah timur dan bersambung dengan China di asia timur lalu bertemu dengan banjaran Caucasus dan Himalaya di asia selatan telah menggambarkan negara tersebut terletak di kawasan tinggi. Dalam Bible, surah Ezekiel ayat 38 dan 39 ada menyebut beberapa istilah yang berkait rapat dengan kawasan yang terletak dalam Rusia sekarang ini :
'' Hai putera manusia, hadaplah mukamu pada Magog raja utama dari Meschech dan Tubal dan ramalan terhadap dia, dan katakanlah, demikian sabda Allah Tuhan, ingatlah Aku menentang kamu wahai Gog raja utama dari Meschech dan Tubal, dan saya akan palingkan mukamu dan menaruh kait ke dalam rahangmu dan akan membawa kamu keluar kembali, dan semua pasukanmu, kuda-kuda dan penunggang-penunggang kuda semuanya berpakaian dengan segala jenis senjata.''
'' Oleh kerana itu engkau anak manusia ramalkan tentang Gog dan katakanlah, demikian Allah Tuhan bersabda : Ingatlah ! Aku menentang kamu Gog dan raja utama dari Meschech dan Tubal dan saya akan memalingkan kamu dan akan memerintahkan kamu datang dari wilayah utara.''
Demikianlah Bible membayangkan Ya'juj dan Ma'juj datang dari wilayah utara. Jika dilihat pada peta berpusatkan Jerusalem, ternyata Rusia merupakan tanah tinggi yang terletak di tanah tinggi utara. Kota Meschech itu mungkin Moscow yang menjadi ibu negeri Rusia sekarang ini. Di Rusia juga terdapat dua batang sungai yang bernama Sungai Maskva di Moscow dan Sungai Tubal di Tobolsk. Jadi besar kemungkinan gambaran daripada Bible ini adalah komunis yang bertapak di Rusia sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment